Sejarah Sekolah


SEJARAH SEKOLAH

Sejarah Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Wan Mohd Saman bermula tanggal Januari 1986 dengan nama Sekolah Menengah Tandop, Alor Setar. Pada ketika itu sekolah ini beroperasi di Sekolah Kebangsaan Dato’ Wan Mohd Saman dengan 200 orang pelajar 7 orang guru dan 3 orang staf sokongan. Bahasa pengantar yang digunakan ialah Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Pada bulan Ogos tahun 1987, sekolah telah mula beroperasi di bangunan baru yang beralamat di KM. 7, Jalan Sungai Petani, 05400 Alor Setar, Kedah dengan mempunyai 3 blok dan 1 bengkel. Tanggal 7 Julai 1996 satu cadangan dibuat untuk menukar nama sekolah daripada Sekolah Menengah Tandop kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Wan Mohd Saman dan dengan rasminya nama sekolah ditukar pada 07 September 1996. Pada 07 Disember 1997 Rumah Guru siap dibina. Surau sekolah dibina pada 01 Disember 2000 dan pada 12 Mei 2001 bangunan surau sekolah dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Kedah. Makmal Komputer dan bangunan baru sekolah juga siap dibina pada bulan Julai 2002 dan Januari 2003. Pada tahun 2005 sekolah mendapat sebuah bengkel MPV dan satu blok rumah guru diubahsuai menjadi kelas MPV.

SMK Dato’ Wan Mohd Saman adalah sekolah yang pertama menubuhkan Kelab Berita Sekolah pada tahun 1990. Antara kejayaan yang boleh dibanggakan ialah mendapat tempat pertama dalam Kecemerlangan Prestasi Akademik pada tahun 2001. Kejayaan dalam bidang kokurikulum pula ialah pada tahun 1989 sekolah menjadi Naib Johan dalam Pertandingan Lalulintas Peringkat Daerah dan Unit Trafik sekolah juga menjadi wakil negeri Kedah ke Hari Perbarisan 31 Ogos 1991 di Dataran Merdeka. Tahun 1990–1995 pula sekolah telah menjadi johan dalam Pertandingan Lalulintas Peringkat Negeri Kedah dan tahun 1992 mendapat tempat ke-3 dalam Pertandingan Lalulintas Peringkat Kebangsaan. Pada 30 Jun 2011, SMK Dato’ Wan Mohd Saman telah menjadi tempat perteduhan selesa bagi 696 orang murid termasuk 35 murid OKU, 55 orang guru dan 10 orang staf sokongan.

Barisan Pengetua yang pernah berkhidmat di sekolah ini sejak mula ditubuhkan sehingga kini adalah seperti berikut :-

Bil.
Nama
Tahun
1.
En. Hashim bin Samin
1986 – 1987
2.
En. Jusoh bin Md. Daud
1988 – 1989
3.
En. Khalid bin Awang
1989 – 1989
4.
En. Omar bin Don
1990 – 1991
5.
En. Abd. Rahim bin Saad
1991 – 1995
6.
En. Fadzil bin Jamaludin
1995 – 1995
7.
En. Ahmad bin Din  
1995 – 1997
8.
En. Abd Wahab bin Harun
1997 – 1997
9.
En. Ibrahim bin Hashim
1997 – 1999
10.
En. Mustafa bin Abd Hamid
1999 – 2001
11.
Pn. Hjh. Kartini bt. Zakaria
2001 – 2004
12.
Pn. Hjh. Siti Zaoyiah bt. Mohd Shariff
2004 – 2007
13.
Pn. Hjh. Ku Hamidah bt. Ku Yaacob
2007 – 2008
14.
Tn. Haji Sahabudin bin Ariffin
2008 – kini